Monday, June 27, 2011

Homework 1

"Bagi homework susah, tak bagi homework pun susah jugak! macamanlah yang parents nak, saya pun tak faham"

keluhan seorang guru yang baru posting pada tahun ni membuatkan saya tersenyum panjang..
saya pun guru baru , baru je posting tahun lepas dan masih ada beberapa perkara yang saya keliru tentang environment dan kehendak ibu bapa di sekolah saya...

dan keluhan tersebut mengingatkan insiden tahun lepas, yang berlaku selepas 2 minggu saya mengajar di sekolah ini .....
pada awal tahun, program pemulihan masih lagi belum dimulakan dan bilangan guru di sesebuah sekolah tidak mencukupi kerana proses rutin pertukaran keluar dan masuk guru. jadi sementara itu, saya ditugaskan mengajar subjek bahasa inggeris murid tahun 2....

setelah seminggu mengajar dan memerhatikan rutin harian murid, saya bercadang untuk memberikan homework kepada mereka.
seminggu selepas homework diberi, saya menerima aduan dari parents murid saya. aduan tersebut dibuat terus kepada pk petang.

parents: saya nak tahu cikgu mana yang bagi homework banyak2 pada anak saya?
pk petang: sabar puan, apa masaalahnya? cuba cerita pada saya.
parents: cikgu bahasa inggeris anak saya ni, dia bagi homework yg banyak pada anak saya. sebagai guru dia kena faham, anak saya ni bukannya nak buat homework je kerjanya. masa seharian dia padat, mana nak pegi kelas agama lagi, nak ke kelas tuisyen lagi nak kena pegi kelas muzik lagi...
pk petang: baiklah puan, nanti saya maklumkan pada cikgu tersebut, mungkin juga sebab dia guru baru, jadi dia kurang arif tentang perkara sebegini...

lebih kurg mcm tulah perbualan yg diceritakan oleh penolong kanan petang ... jadi, utk tidak mendengar cerita di sebelah pihak, dia pun bertanyakan saya apa yg berlaku sebenarnya...

saya: saya mmg ada bagi homework dan pada pandangan saya, homework yg diberikan tu tak delah banyak sangat. saya beri 10 soalan pada hari isnin, dan saya minta homework tersebut dihantar pada hari jumaat. homework berbentuk isi tempat kosong....

pk petang: saya rasa homework yg cikgu beri dah mematuhi surat pekeliling ikhtisas bil 12/2004 tentang garis panduan pemberian kerja rumah. tapi masaalanya kadang - kadang kita pun tak faham dengan kehendak ibu bapa ni, ada yg nak homework banyak, ada yg nak sikit dan ada yg xnak langsung anak - anak nya diberikan homework... mengganggu jadual harian anak katanya...

hmmm... macam tulah senario tentang homework di sekolah kami. sebagai guru memang kita nak yg terbaik untuk anak2 murid. mungkin juga silap saya kerana tidak membuat penelitian yang mendalam tentang pemberian homework . pada waktu itu juga saya belajar sesuatu bhw pemberian homework di sekolah bandar adalah berbeza dengan di sekolah kampung.

Tuesday, June 21, 2011

saringan linus


saringan linus 2 dan 5 akan dijalankan seperti tarikh berikut:

lisan / membaca : 20 jun - 22 julai 2011
bertulis : 25 julai - 29 julai 2011
pengisian data : 2 ogos - 12 ogos 2011...

Good Luck untuk guru - guru dan murid - murid yang terlibat....